Mudah-mudahan cerita yang saya akan sampaikan ni mudahan kita jadi orang yang hampir dengan Allah. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang yang sentiasa ikhlaskan niat kita kerana Allah. InshaAllah.
Alhamdullillah, saya dengan kamu ni sangat beruntung dapat dengar kisah daripada hamba Allah ni. Subhanallah, saya sangat cemburu dan tentunya lepas ni kamu dengar, kamu adalah salah seorang yang sangat cemburu dengan apa yang dia dapat.
Kisahnya macam ini,
Dia ini seorang yang mengikuti masturat dan dia seorang yang berniqab. Bermulanya dia nak cerita kisah ini bila dia tengok saya sendiri berniqab'. Jadi dia menangis dan kata, "Kamu beruntung kamu boleh berburqa."
Disebabkan kekangan keluarga, disebabkan larangan oleh ibubapa. Jadi dia mentaati ibubapa dengan tanggalkan niqab dan memakai tudung labuh. Sejak daripada itu, dia tak join masturat sebab mak dia suruh berhenti dulu.
Sepanjang dia bertudung labuh itu, dia semakin jauh dari Allah. Dengan izin Allah, Allah berkehendak. Kita tak tahu apa sebenarnya Allah nak bagi. Satu hari, dia sedar hati dia semakin keras, susah nak menangis, dia semakin jauh dari Allah. Dia nak sangat dibimbing. Kemudian, dia solat Asar. Dan malam itu, dia solat Tahajjud, solat sunat Taubat, solat sunat Istikharah, solat Hajat dan minta dengan Allah agar diberikan petunjuk Hidayah dan dibimbing.
Kemudian dia tidur. Dia tidur tapi tak dapat juga. Maksudnya, Allah tak nak bagi on the spot lah memang Hidayah ini Allah tak bagi on the spot. Jadi doa dia belum dimakbulkan. Tapi dia tak pernah putus asa untuk tunggu Hidayah daripada Allah.
Suatu hari dia solat Asar. Ketika dia solat, dia terdengar satu bacaan yang sangat merdu seperti mengimamkan dia. Dia rasa itulah solat yang paling khusyuk sehingga dia menitiskan air mata. Dan pada rakaat yang terakhir, sewaktu sujud terakhir itu kepala dia melekat dekat sejadah jadi dia terperanjat.
Dalam hati dia 'Ya Allah apa dah jadi ini?' Waktu itu dia berselawat banyak-banyak. Tiba-tiba jadi blank! Gelap! Lepas itu tiba-tiba bertukar putih dan waktu di dalam sujud itu dia sedar dan tahu dia berada di dalam keadaan bersujud, dan dia berada di dalam sebuah taman. Dan dia cakap taman itu SubhanAllah sangat cantik dan tak boleh dibandingkan dengan kecantikkan taman yang ada di dunia ini. Memang sangat cantik. Selepas itu, dia ternampak seorang wanita berada di taman itu dan memberi salam, "Assalamualaikum" lalu wanita itu menjawab, "Waalaikumusalam Warahmatullah"
Setelah wanita itu menjawab salam, wanita itu terus menegur dia dan cakap, "Wahai ukhti, kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu jijik? Kenapa wajah kamu bernanah? Kenapa?" Dia pelik kenapa wanita itu kata sedemikian pada dia. Dia tertanya-tanya siapa wanita ini dan wanita ini sangat cantik. Kecantikkan wanita ini tidak dapat dibandingkan dengan kecantikkan wanita-wanita yang ada di atas muka bumi ini. SubhanAllah sangat cantik.
Saya dia tak boleh nak gambarkan, tetapi saya tahu kalau perempuan bidadari secantik ini boleh menyebabkan lelaki pengsan. Dia cakap lagi, memandang wajah itu sangat tenang. Tenang setenang tenangnya. Kemudian wanita tersebut mengulangi lagi,
"Ya ukhti, kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu hodoh, bernanah, buruk, jijik?"
Wanita itu tak nak dekat dengan dia. Dia kata, "Begitulah Allah memandang kamu betapa kotornya hati kamu ya ukhti sehingga kamu begitu jijik, muka mu begitu buruk."
Kemudian selepas itu, wanita ini membawa dia ke satu sungai. Dan air sungai itu semacam cermin. Jadi dicerminkan diri dia pada air sungai itu dan dia melihat betapa buruknya wajah dia. Buruk! Disebabkan kotornya hati. Dia menangis. Dia cakap,
"Ya ukhti, apa aku perlu buat?"
Wanita itu menjawab,
"Beristighfar lah kamu dan Allah sangat mencintai orang yang beristighfar ini. Bertaubat kepada Allah."
Kemudian dia beristighfar tak jadi. Sekali dia buat, tak jadi. Dia istighfar, istighfar, istighfar, bertahmid, bertahmid, istighfar bertahmid, beristighfar, bertahmid dan banyak zikir-zikir. Kemudian wajah dia yang buruk itu bertukar jadi sangat cantik. Wajahnya lebih cantik daripada wajahnya di muka bumi ini. Sangat cantik. Dia menangis dan adalah nasihat-nasihat daripada wanita itu. Kemudian dia tanya pada wanita itu,
"Siapa kamu wahai ukhti?"
Wanita itu menjawab, "Kamu akan berjumpa dengan ku di Kota Suci."
Sebelum wanita itu beredar dari situ, wanita itu berpesan,
"Rindulah Allah dan Rasulmu, nanti kita akan jumpa. InsyaAllah."
Dan dia cakap pada wanita itu,
"Jangan tinggalkan saya ukhti, saya perlukan kamu untuk bimbing saya ke syurga Allah."
Wanita itu pula menjawab,
"Saya kena pergi. Jangan risau, Allah akan hantar sahabat-sahabat yang baik nanti kalau kamu dekatkan diri dengan Allah. Sahabat yang baik, yang soleh, yang solehah, yang dekat, yang hampir dengan Allah."
Dia merayu pada wanita itu supaya jangan tinggalkan dia tetapi wanita itu cakap, "InsyaAllah kita akan berjumpa asalkan kamu taat perintah Allah, taat perintah ibubapa."
Dia meratapi kesedihan. Lalu wanita itu cakap sambil memeluk dia, "Jangan sedih."
Dia cakap, "Pelukkan itu adalah setenang-tenang pelukkan dan lebih tenang dari pelukkan seorang ibu."
Dia cakap lagi, dia macam kenal wanita itu. Selepas wanita itu memeluk dia, sebelum wanita itu pergi, wanita itu cakap pada dia, "Saya ialah Saidatina Aisyah Radhiallahu Anha"
Saidatina Aisyah kata pada dia, "Kamu jangan nangis. Aku Saidatina Aisyah, Asiah, Maryam, Khadijah dan Rasulullah akan menunggu kamu disana bilamana kamu berubah kerana Allah."
Saya dengar, Ya Allah.. Saya nangis. Kalau dia yang mungkin penyakit hatinya tak seberat hati kita, tetapi wajahnya sangat buruk disana dan ditunjukkan betapa buruknya dan macam mana pula keadaan kita mungkin lebih buruk daripada dia. Saya rasa, Ya Allah... takut. Rasa takut bila dengar macam itu. Dia setiap hari menangis sebab takut tak dapat jumpa Saidatina Aisyah lagi dekat sana.
Sebab itu bila setiap kali dia tengok wanita diluar dia akan menangis bilamana wanita-wanita muslimah sekarang ini adalah muslimah PALSU! Muslimah yang tidak pernah, yang menutup aurat tetapi palsu. Hakikatnya, dalaman dia tak ada. Bila dengar kisah ini, rasa dunia ini tak ada apa.
Wallahualam.
Ini kisah benar bukan rekaan semata-mata. Dan kisah ini sebenarnya telah diceritakan didalam bentuk suara. Jadi pemilik suara tersebut tidak membenarkan sesiapa forward atau kongsi Audio sound nya dimana-mana media social salah satunya WhatsApp.
Tidak mahu suaranya didengar oleh bukan muhrim mahupun sesiapa.
Jadi untuk berkongsi kisah benar ini, saya jadikan ia satu coretan di halaman blog ini.
Semoga ia memberi inspirasi kepada pembaca dan ambil iktibar dari kisah ini.
Jadikan ia satu ibrah untuk kita semua wanita islam.
InshaAllah.
No comments:
Post a Comment