Kelmarin paman bawa seorang ustaz ke rumah Tok untuk berubat. Sangkaan saya terhadap ustaz mestilah berjubah & berkopiah. Rupanya tidak. Ustaz itu bukanlah seperti yang kami fikirkan.
Berpakaian biasa & bersahaja. Saya perhati saja ustaz tu dan bermonolog dalam hati, "Biar betul ustaz ni? Betul ke ni ustaz? Takde rupa ustaz pun. Boleh caye ke?" Kakak disebelah asyik berkerut dahi melihat cara dia. Dari situ saya boleh tahu kakak 'kurang senang' dengan cara ustaz tu.
Tengah borak & cerita masalah yang dialami pesakit. Dan ustaz tu call seseorang. Lama juga mereka berbual. Lepas call, dia kemudian tengok hp. Belek-belek hp. 3 hp yang dibawa. Katanya untuk meng-scan sesuatu dalam rumah.
Saya bisik dekat mak, "Tak cayelah ustaz ni. Macam pelik je. Kalau abang Azim ada ni mesti dia lagi pelik." Mak diam je seolah berfikir dengan apa yang saya beritahu.
Yang membuatkan saya terfikir cara nombor 2 tu. Bagaimana ya?
1- Limau kasturi
2- Batu dijalan tar
Oh ya, ustaz tu tidak bersendirian. Dia datang dengan adik wife paman. Saya namakan Angah. Jadi Angah ni dia boleh 'rasa' dan 'tahu' sesuatu yang ada dalam rumah tu dan tak kira dimana sekalipun. Sekali lagi saya perhati mata Angah selalu melilau diastas syiling dan sekeliling rumah. Kemudian Angah bangun meluru ke ruang tamu dan duduk berseorangan.
Agak lama Angah bersendirian disitu. Rupanya Angah 'rasa' sesuatu. Angah datang semula dan beritahu pada ustaz bahawa sesuatu yang dirasakan itu sedang berada diluar rumah. Apa yang Angah beritahu kami sedikit percaya. Tetapi apa yang dikhabarkan ustaz itu sukar untuk saya percaya.
Ustaz tanya, "Siapa kat sini boleh 'rasa'? Kot2 boleh beritahu saya kat mana awak nampak." Tiba-tiba pak sedara tunjuk ke arah saya dan semua mata-mata memandang. Saya geleng tetapi disuruh juga 'merasa' dan duduk ditempat Angah tadi.
Ketika ustaz mendekati pesakit, saya tak tahu apa yang dibacakan oleh ustaz. Berkumat kamit mulut ustaz membacakan ayat dan melepaskan 'sesuatu' kedalam batu yang dikutip diluar rumah. Bertambah hairan lah kami yang menontonnya. Kemudian batu tersebut digumpal kedalam tisu untuk dibuang, mungkin?
Setelah selesai, ustaz memberitahu kes itu sangat berat. Sehingga ada perjanjian pula pada minggu hadapan. Akan tetapi kali ini, ustaz akan datang ke rumah anak pesakit pula untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas lagi. Kebetulan kami berjiran, jadi mak pun turut ikut serta mahu ustaz tengok rumah kami sekali.
Saya pandang mak, "Cari ustaz lain lah. Ramai lagi ustaz kat luar tu. Ustaz kita kan ada..."
Entah dari mana datang ustaz tu pun kami tak tahu.
Taubat lepas ni tak invite dah ustaz tu.
No comments:
Post a Comment