Monday, January 18, 2016
Puisi Kasih
"Syahdunya aku mendengar alunan suara mu,
Wahai adik ku yang disayangi,
Tak disangka dan tak terjangka,
Engkau masih mengingati,
Saat memori kita bersama,
Yang sukar untuk dilupakan,
Wahai adik ku yang disayangi,
Memori indah kita bersama,
Daripada terbitnya fajar,
Dan terbenamnya matahari,
Tiada terkata betapa indahnya,
Segala perit liku-liku hidup,
Duka dan manis tawa,
Kita alami bersama,
Kita harungi bersama,
Adik ku sayang,
Sesungguhnya kakak mu ini amat menyayangi mu,
Dan amat mencintai mu,
Adik ku,
Ku akui bila ku berjauhan dengan mu,
Hatiku begitu lemah,
Kerana tiada pendukung disisi,
Aku sedih...
Mendengar khabar berita engkau berhenti kerja,
Betapa sedihnya tak terkata,
Dimana aku pergi, engkau pun pergi,
Tinggal lah tapak memori sahaja disana,
Tapi tak mengapa,
Terselitnya ketulusan hati ini,
Allah Yang Maha Mengetahui rahsianya,
Agar keindahan memori kita bersama,
Kekal hingga ke Syurga,
Dan aku bermohon pada mu wahai adik ku,
Di akhirat sana nanti, jangan engkau tidak menyebut nama ku,
Kamu mesti menyebutkan nama kakak mu disana,
Agar kita dapat selami hidup,
Dengan penuh barokah,
Bersahabat hingga ke Syurga,
Yang abadi,
Adik,
Ku doakan agar engkau,
Kuat harungi pancaroba hidup,
Dan akan hadirnya seorang suami yang soleh,
Natijah yang boleh membawakan kebahagiaan pada mu,
Kepada agama mu,
Jalan kehidupan mu,
Dan seluruhnya semata-mata kerana agama Allah yang Satu.
I love you so much."
14 Jan 2016 | 1:17AM
No comments:
Post a Comment