Wednesday, September 23, 2015

Terima Kasih Cikgu Atikah!



Semasa di dalam kelas, saya menulis nota ringkas subjek Feqah di papan putih untuk rujukkan pelajar.
Usai menulis, saya kembali ke meja. Kemudian, diatas meja terletak sekeping surat yang dihadapannya sudah tertera tulis OPEN.


Dalam hati, 
"Siapa yang bagi ni? Tetiba je"
Sebelum saya buka surat tu, saya pandang belakang dan tengok student semua sedang tekun menyalin nota dihadapan. Semua berlakon buat-buat tak tahu.


Kemudian saya buka dan baca,
"Kami berterima kasih kepada cikgu Atikah kerana mengajar kami semasa ustazah Masyi berada di Ipoh.
From Mia, Farisya, Ily, Balqis & Adam"

"Oh kerja diorang rupanya.."
monolog ku sendiri.
Saya menoleh ke belakang dan jerit,
"Terima kasih untuk surat ni! Buat hal la korang ni. Haha!"


Cikgu sudah dicop untuk gantikan tempat ustazah awak,
No hp cikgu sudah diberi dalam diam pada ibu ayah awak semua tanpa pengetahun cikgu,
Memang cikgu terpaksa la kena 'duduk' tempat ustazah awak selama dua bulan!
Apa-apa pun sama-sama sebab bagi kerjasama dengan cikgu. Dengar kata. Salin nota, dan hantar awal.

Tapi korang suka bising, suka buat cikgu bebel tanpa henti. Letih!




Tuesday, September 22, 2015

Berubah?



From Jahiliyyah to Tarbiyyah,
From Tarbiyyah to Jahiliyyah,


Until when you want to Jannah?


Semakin jauh dengan Tuhan,
Semakin dekat dengan balasan Tuhan.



Selasa | 22:50PM




Thursday, September 17, 2015

Saya Cemburu Dengan Cikgu!



Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mengusik jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yang bagi saya sangat istimewa ssebab tak ramai yang menunaikan hajipada usia 30-an. Kebiasaanya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yang baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafas terakhirnya juga.


Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yang mengerikan, penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanya untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan..


Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman menghantar sanak saudara ke dewan perlepasan, suasana yang seirng saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.


Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyayang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum disebalik segala ujian. Pasti sluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allahu..


Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang bekerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, Malas nak berwudhuk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah...


Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada Allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak kita ingin lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rajyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.

Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'
Saya cemburu dengan cikgu!
Jika syurga itu tempatmu, moga cikgu damai disana bersama para bidadari jelita di taman abadi. Mungkin kita yang melihat dari jauh sepertinya milik syurga. Namun pandangan Tuhan lebih bijaksana. Dimana tempat cikgu, disana itulah yang terbaik untukmu.


"Maka segeralah kembali mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zolkifli


Saturday, September 5, 2015

Rasa Paling Indah.



"Antara sebab Islam menggalakkan perkahwinan adalah untuk menyambung zuriat.
Awak tentu biasa dengar sabda Nabi...
Kahwinilah wanita itu atas empat perkara.


Kerana hartanya,

Keturunannya,
Kecantikkannya,
Dan kerana agamanya,


Maka hendaklah engkau merebut yang keempat-empat yakni agamanya.

Itulah pilihan yang terbaik. Sudah tentu saya nak buat apa yang disaran Nabi.
Saya mencari calon yang paling dekat dengan kriteria itu sekalipun tiada manusia
sempurna kecuali Nabi."


"Saya sangat jauh dari apa yang awak cari."



"Amani, saya nampak pada diri awak ada ke empat-empat ciri-ciri tadi. 

Dan saya amat sanjungi peribadi awak. Siapa yang tak tahu menghargai awak,
orang tu memang buta. Sebutir permata yang tak ternilai. Tapi sebagai muslim,
cinta sesama manusia itu tidak boleh melebihi cinta kepada Allah dan Rasulullah. 
Saya yakin awak faham hakikat tu."