Wednesday, June 1, 2016

Ke Pulau Pinang



Actually kisah ini dah lama kira-kira dua tahun lepas. Dah pernah tuliskan kat sini then saya deleted that post sebab tak tahu 'hargai' lagi ibrah waktu tu. Banyak ibrah yang saya pernah tulis dan sama juga still tak tahu hargai ibrah. So start from now saya mula tahu what is ibrah. What is ibrah? Ibrah is Pengalaman. For me kalau nak dapat ibrah ni kena cari. Hari ini, saya kumpulkan semula detik-detik ibrah yang pernah saya lalui suatu ketika. Insha Allah, mudah-mudahan Allah mengembalikan semula ingatan saya pada tulisan yang lalu. 



IBRAH yang pertama ; MUSAFIR KE PULAU PINANG.




Bermulanya kisah ini, saya dan sahabat menghadiri satu mesyuarat dan diberitahu akan ke seberang atas mesyuarat kedua disebuah Yayasan An Nahdhoh Pulau Pinang. Sebagai seorang Pembantu Peribadi dia ketika itu haruslah saya ada dan mengikuti setiap jejak langkahnya. Usai mesyuarat, kami pun pulang. Tanpa pengetahuan, segala tiket penerbangan dah beres dibooking oleh dia. Cuma menunggu tarikh untuk berlepas.

Tiba lah dua hari sebelum tarikh kami ke Pulau Pinang, malam tu lepas isyak tengah fokus on my pack, tiba-tiba mengantuk dan tertidur. Sampailah saya bermimpi pergi Pulau Pinang. Lama mimpi then tersedar. "Mimpi rupanya ya Allah!" Aduh, tepuk dahi. Syukurlah. Memang saya ni jenis yang bila nak ke mana-mana atau ada event dua hari sebelum atau satu jam sebelum saya mula rasa tak sedap hati lah, rasa nak pergi toilet lah, (dah masuk toilet pun) dan bila tidur sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dasyat betul! 



Nak dijadikan cerita, malam tu saya tidur. Rupanya saya mimpi lagi and  mimpi yang sama. Indah betul mimpi tu sampai rasa asyik! betul-betul rasa ada kat sana dah. Sama juga bila saya tersedar je dari mimpi, dah pagi around pukul 7. Gosok mata berkali-kali, tengok jam. "Betul ke pukul 7 ni?" "Flight pukul berapa?" Tiba-tiba mak masuk bilik tanya. Saya dah terpinga-pinga tak tahu nak jawab apa sebab tiket kawan yang pegang tapi ingatlah dia kata flight around pukul 8 am. "Rasa dah lewat ni sebab kawan kata flight pukul 8" "Dah tu tunggu apa lagi? Cepatla bersiap"




Terus bangun dari katil, pergi mandi. Mujurlah beg pakaian dah kemas awal-awal malam tu. Jadi masa tu yakin dah tak ada apa-apa barang yang tertinggal. Stokin, handsock, niqab semua tak sempat pakai dari rumah. Pakai dalam kereta sewaktu perjalanan ke Airport. Dalam hati, mak cepat sikit mak dah lambat ni bawa laju sikit. Mak kata selawat lah, doa banyak-banyak moga Allah jaga. Dia dah lama sampai Airport dia berangkat awal. Then, dia call tanya dah keluar rumah ke belum sampai kat mana dah. Dia bimbang sebab masa tu dia tengah tunggu kat dewan perlepasan dan masa tu penjaga pintu dewan perlepasan tu dah marah-marah katanya kenapa lambat. Penjaga tu suruh dia pergi dulu tapi dia still setia tunggu sebab kalau dia pergi, saya sampai nanti nak naik flight dengan apa? Sedangkan tiket saya dengan dia.



Saya still lagi dalam perjalanan to Airport. Masa tu atas Jambatan Sultan Mahmud lambat sebab kena tempuh jammed yang panjang! Ya Allah makin panjang, makin lambat. Saya doa, doa dan doa. Macam-macam perasaan masa tu tambah-tambah dia tunggu saya lama kat Airport. Selang beberapa minit, dia call lagi. Dengar suara dia di hujung talian buatkan saya rasa nak menangis. I tell her still lagi dalam perjalanan tapi laluan sesak sebab jammed. Kalau lah masa tu saya ada kuasa magik, dah lamafly to Airport tak perlu susah payah suruh mak hantar. If I have the power to fly a flight, I'll fly to you. Dalam kereta, mak tak habis ingatkan suruh beristighfar, bertahmid, zikir dan banyak lagi. Yang penting terus berdoa don't miss. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai di lapangan terbang. Cepat-cepat salam mak, adik kakak.. And lari masuk menuju ke pintu utama dewan berlepas mencari kelibat si dia yang tunggu terus mata saya tertumpu dekat bahagian orang ramai yang seolah-olah disekat untuk masuk. Sayake arah tu dengan tiba-tiba tangan saya oleh ditarik seseorang.


"Kenapa lambat? Awak tahu tak awak berdua dah hampir terlepas flight? Awak masih ada beberapa minit je lagi untuk kejar flight. Pergi cepat!" Tegas seorang pengawal lelaki umur 30an macam tu lah. Lepas check bagasi, check semua then guard tu lepaskan kami. Tanpa fikir orang sekeliling, kami berlari sekuat hati sebab nak kejar flight. Untuk pengetahuan, flight yang kami naik Air Asia. Bagi siapa yang pernah naik Air Asia, dia tahu lah berapa kilometer jauhnya perjalanan menuju ke tangga kapal tu. Dia kat sebelah tak mampu cakap apa lagi dah dan kami sudah pun kesuntukkan masa, dia masih tenang berjalan. Hanya kedengaran nafas tercungap. “Sikit lagi! Sikit lagi!”  


Lagi beberapa minit je lagi Ya Allah. Kuat! Tibalah kami di pintu masuk kapal, berdiri dua orang pramugara dengan tenang sambil mengalukan kami naik. Saya bersuara, "Maafkan kami sebab lambat" Mereka tersenyum tanpa sebarang kata. Allah! Dari rumah sampai Airport, dari Airport sampai Dewan Perlepasan, dari Dewan Perlepasan sampai ke tangga kapal mereka sabar menunggu. Allah! Allah! Tanpa sedar, pintu kapal pun ditutup. Kelihatan mata-mata memandang hanya kerana kami berdua sahaja yang mencari seat ketika itu. Selesai menyimpan bagasi, kami melabuhkan punggung di dalam pesawat. That is my second time saya menaiki kapal terbang setelah setahun yang lalu ketika ke Kuala Lumpur. Dalam mengingati saat-saat itu, saya menoleh dia di sebelah. Kelihatan tak bermaya. My fault? Yes! My fault! Detik-detik dari rumah ke Airport sebentar tadi sedang bermain di layar fikiran. Nak tegur, takut. Tak tegur, pun takut. Serba salah.

"Awak..." 


"Saya mintak maaf tau pasal tadi.."


Saya terima bila dia marah. Saya tahu memang salah saya sebab lambat. Tapi Alhamdulillah selamat juga kami naik kapal. Kalau dah give up masa tu, tak pergi lah kami ke Pulau Pinang. Saya pejam mata. Telan semua apa yang dia cakap masa tu. Saya tak lawan even as a PA, walaupun seorang kakak pada dia. Sebab saya tahu, bila dalam keadaan macam tu, seseorang kena mengalah walaupun dia tak salah. Tapi dalam hal kami, saya akui memang saya bersalah. Jadi saya patut dengar. Ketika tu, saya rasa saya lah PA yang sengal sebab tak pernah jadi PA yang terbaik untuk dia!