Tuesday, November 29, 2016

Ibubapa Dikecam Netizen Bila Anak Didenda


Ingat lagi ketika mengaji di Tahfiz saya dimarahi ustazah, didenda berdiri dibawah terik matahari dek kerana lupa hafalan Surah Al-Imran. Satu jam ditengah panas tanpa berselipar.


Hari ini saya menjadi seorang guru. Saya 'tahu' dan 'faham' bagaimana perasaan para guru di luar sana.


Guru marah atau denda bukan saja-saja.
tapi sebab pelajar mengada-ngada.
perangainya ada-ada saja!


Bagi saya, duduk diatas jalan tar tu adalah denda yang paling ringan. Baru kena panas, tidak hangus lagi. Inilah ibubapa zaman sekarang, hantar anak sekolah dan beri amaran kepada guru supaya tak mencederakan anak mereka.


Sehingga guru dah tak mampu nak berkata apa lagi. Kalau diikutkan hati, mahunya disuruh anaknya duduk dalam gua! Dah kalau anak itu nakal, degil, buat tuli telinga, sudah tentulah guru marah! Dibuatnya naik kaki, lawan guru, mengejek, lukis muka iblis dan mengaku bahawa muka guru seperti iblis hodoh. Fikir guru boleh buat senyap?


Kesabaran guru juga ada batasan. Sampai manakah tahap kesabaran seorang guru bisa bertahan lama? Sampai pelajarnya berlaku kurang ajar. 


Selama 3 tahun pengalaman mengajar, macam-macam sudah saya telan. Sikap ibubapa yang begitu cerewet. Anak yang bermasalah. Paling tidak luput diingatan ketika didalam kelas 6 tahun, seorang pelajar tidak membawa buku teks. Sudah berapa kali guru pesan 


"Esok jangan lupa bawa buku teks ini" 
"Kawan-kawan tolong ingatkan kawan kamu ini suruh dia bawa buku teks esok" "Cikgu nak kamu bawa buku teks ini esok ya"


"Saya lupa lah nak bawa buku teks cikgu" 

Sekali boleh diterima lagi. Dua kali boleh diterima lagi. Tiga kali? Saya naik marah. Dan dua minggu berlalu masih tidak bawa buku teks ke sekolah. Guru bertanya, 

"Apa masalah kamu?"
  Terus dijawab buku teksnya hilang, tertinggal di rumah dan macam-macam lagi.


Guru memanggil dia kehadapan kemudian mendendanya dengan berdiri duduk sampai 50 kali. Denda kerana tidak bawa buku dan banyak beri alasan. Kemudian pada esok hari, ibunya hantar ke sekolah, ibunya bertanya 

"Siapa guru yang mengajar anakku?" 

kemudian seorang guru berjumpa dengan ibunya. Saat itu ibunya didalam kereta dan mulai memarahi guru itu kerana berkurang ajar dengan anaknya. Diceritakan anaknya balik ke rumah menangis-nangis kata guru denda disekolah sampai kaki sakit dan lenguh nak berjalan. 


Dan ketika itu juga sedang guru tersebut dimarahi oleh ibunya, banyak mata-mata memandang buruk terhadap ibunya. Ada yang datang kepada saya, 

"Apa masalah ibu itu? Benda boleh bincang tepi, tak usah marah-marah macam tu" 

Nak buat macam mana, dah perangainya macam tu. Paling tak sangka, ibubapa anak itu juga adalah seorang guru! Takkan lah tidak faham perasaan seorang guru ketika mana anak muridnya tidak membawa buku ke sekolah? Guru apa sih kamu? 


"Kalau cikgu buat macam tu lagi, saya tak teragak-agak nak report polis! Cikgu kalau tak reti mengajar, jangan mengajar lah. Saya kat rumah tak pernah buat anak saya. Tak pernah rotan pun. Cikgu berani nak sentuh anak saya. kurang ajar cikgu ni eh!" 


terus ditutup pintu kereta dan berlalu pergi. Guru tersebut menitis air mata juga berlalu pergi. Kami yang melihat kejadian itu tunduk sayu. Sebenarnya yang mendenda anaknya itu saya, bukan guru tersebut. Tapi dia dimarahi juga sebab dia adalah ketua kelas anak ibu itu. Tapi tak mengapa, ada hikmah mengapa kami dimarahi. Ada betulnya juga. 



Monday, November 28, 2016

Untuk Mu Palestin


Bismillahhirrahmanirrahim...


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon kepadaMu Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin Di bumi para Anbia. Satukanlah bangsa Palestin supaya kami tetap utuh bagi pejuang.




Ya Allah Ya Tuhanku, satukanlah umat Islam dan bantulah kami memperjuangkan saudara-saudara kami di Palestin. Berikanlah kesedaran kepada umat Islam, Dan kami bersedia untuk berkorban demi agamaMu. Dan kami mengharapkan rahmatMu. Dan kami takutkan azabMu. Sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang kafir.


Turunkanlah keatas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Sesungguhnya semangat perjuangan kami takkan pernah terpadam. Biarkan sehingga ke titisan darah penghabisan. Amin.


"Waqootiluuhum hatta laa takuuna fitnatun wayakuunuddiinu kulluhu lillahi fainin tahau innallaha bimaa ya'maluuna basiir. Wa in tawallau fa'lam innalllaha maulaakum ni'mal maula wani'mannasiir..."



Entah lah...


Entah lah,
kadang-kadang aku rasa tak perlu tahu daripada tahu.
kerana bila tahu,
terdapat satu tanggungjawab besar ke atas diriku...


Jika tidak tahu, 
tidaklah aku terlalu memikirkan hal itu sehingga memecahkan kepala otak.
tidaklah buang masa memikirkan hal dia seorang.


Maka sekarang, sudah ku tahu.
apakah yang perlu aku lakukan?


Sudah diajak, dipelawa, disuruh,
tetapi masih dengan alasan yang sama,
"nantilah dulu"
hanya mampu diam dan berlalu pergi...


Berharap dia sedar sebelum terlambat,
umur kita semakin meningkat,
mati semakin dekat,
mungkin lusa atau tulat,
yang pasti akan kiamat,


Dan mati itu terlalu sakit,
di dalam kubur amatlah sempit,
papan dan tanah datang menghimpit,
binatang tanah datang menggigit,


Hai manusia,
tegakkan solat,
solat itu untuk penyelamat,
cepat-cepatlah kita bertaubat,
agar diterima amal ibadat.




Friday, November 11, 2016

Ustaz Pelik.


Kelmarin paman bawa seorang ustaz ke rumah Tok untuk berubat. Sangkaan saya terhadap ustaz mestilah berjubah & berkopiah. Rupanya tidak. Ustaz itu bukanlah seperti yang kami fikirkan.



Berpakaian biasa & bersahaja. Saya perhati saja ustaz tu dan bermonolog dalam hati, "Biar betul ustaz ni? Betul ke ni ustaz? Takde rupa ustaz pun. Boleh caye ke?" Kakak disebelah asyik berkerut dahi melihat cara dia. Dari situ saya boleh tahu kakak 'kurang senang' dengan cara ustaz tu.




Tengah borak & cerita masalah yang dialami pesakit. Dan ustaz tu call seseorang. Lama juga mereka berbual. Lepas call, dia kemudian tengok hp. Belek-belek hp. 3 hp yang dibawa. Katanya untuk meng-scan sesuatu dalam rumah.




Saya bisik dekat mak, "Tak cayelah ustaz ni. Macam pelik je. Kalau abang Azim ada ni mesti dia lagi pelik." Mak diam je seolah berfikir dengan apa yang saya beritahu.




Yang membuatkan saya terfikir cara nombor 2 tu. Bagaimana ya?




1- Limau kasturi

2- Batu dijalan tar



Oh ya, ustaz tu tidak bersendirian. Dia datang dengan adik wife paman. Saya namakan Angah. Jadi Angah ni dia boleh 'rasa' dan 'tahu' sesuatu yang ada dalam rumah tu dan tak kira dimana sekalipun. Sekali lagi saya perhati mata Angah selalu melilau diastas syiling dan sekeliling rumah. Kemudian Angah bangun meluru ke ruang tamu dan duduk berseorangan.




Agak lama Angah bersendirian disitu. Rupanya Angah 'rasa' sesuatu. Angah datang semula dan beritahu pada ustaz bahawa sesuatu yang dirasakan itu sedang berada diluar rumah. Apa yang Angah beritahu kami sedikit percaya. Tetapi apa yang dikhabarkan ustaz itu sukar untuk saya percaya.




Ustaz tanya, "Siapa kat sini boleh 'rasa'? Kot2 boleh beritahu saya kat mana awak nampak." Tiba-tiba pak sedara tunjuk ke arah saya dan semua mata-mata memandang. Saya geleng tetapi disuruh juga 'merasa' dan duduk ditempat Angah tadi.




Ketika ustaz mendekati pesakit, saya tak tahu apa yang dibacakan oleh ustaz. Berkumat kamit mulut ustaz membacakan ayat dan melepaskan 'sesuatu' kedalam batu yang dikutip diluar rumah. Bertambah hairan lah kami yang menontonnya. Kemudian batu tersebut digumpal kedalam tisu untuk dibuang, mungkin?




Setelah selesai, ustaz memberitahu kes itu sangat berat. Sehingga ada perjanjian pula pada minggu hadapan. Akan tetapi kali ini, ustaz akan datang ke rumah anak pesakit pula untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas lagi. Kebetulan kami berjiran, jadi mak pun turut ikut serta mahu ustaz tengok rumah kami sekali. 




Saya pandang mak, "Cari ustaz lain lah. Ramai lagi ustaz kat luar tu. Ustaz kita kan ada..."




Entah dari mana datang ustaz tu pun kami tak tahu.

Taubat lepas ni tak invite dah ustaz tu.