Thursday, December 29, 2016

Balasan Dari Tuhan Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat


"Awak semua tahu tak macam mana siksa orang yang tinggal solat?" tanya seorang guru kepada pelajarnya.


"Berdosaaaa.." jawab Haridz yang tidak reti lagi membezakan siksaan dengan hukum. Maklum lah baru darjah satu.



"Pertama azab kubur. Lepas tu hidup kita ni rasa kosong. Tak berkat. Tak tenang. Nak buat apa-apa pun tak berkat. Hidup kita ni mestilah nak Allah redha. Sebab tu bila ada orang meninggal dunia, orang akan doa 



' Ya Allah, redhailah hidup si mati ini ya Allah, golongkanlah dia dalam golongan orang-orang yang soleh. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa si mati ini'



Ini bab solat. Ustazah tak tekan lagi bab syahadah. Bab syahadah tinggi lagi ilmunya. Nak beritahu awak semua, hidup kita ni sekejap je. Ustazah ada baca dalam buku bahawa hidup kita ni diibaratkan mimpi. Cuba bayangkan awak semua tidur, bangun, pergi kerja, kemudia balik dan makan. Hakikat sebenarnya hidup kita ni ibaratkan mim?"



"Mimpiiiiii..."



"Hidup yang kekal, hidup yang sebenar adalah akhirat. Alam barzakh ke alam akhirat. Itulah pengertian hidup yang sebenar yang kita semua bakal lalui dimasa akan datang. Kita ini insan yang lemah, insan yang hina. Ini pengajaran untuk diri ustazah juga. Tanggungjawab ustazah memberi peringatan kepada awak semua. Secara ringkas, untuk kita semua lah. Faham ye semua?"



"Fahaaaaam...."



"Baik, solat adalah tiang agama. TI-ANG A-GA-MA.Awak belajar tauhid, awak belajar ilmu agama Allah Taala tapi awak tak solat. Awak tak akan tercapai kepada keimanan dan ketaqwaan. Sebab awak tak ada perasaan takut pada Allah Taala. Kalau awak takut pada Allah Taala, awak mesti takut untuk tinggal so?"



"laaaaaat...."



"Jadi kena disiplin lah. Orang tinggal solat tak boleh dah, apatah lagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebagaimana ustaz-ustaz juga mengatakan,



'Orang yang tinggal solat ni fasik' ada juga yang kata kafir. Ka?"



"Fiiiirrr...."



"Tapi dalam hal ni banyak khilaf. Faham tak semua?"



"Fahaaaam..."



"Ustazah ada sebuah kisah nak kongsi pada awak semua. Memang sedih!"



"Ustazah...ustazah.. kita selalu kena tolong mak kita masak..kita pandai masak.."



Aku kat sebelah gelak je sebab Wafiq nyampuk benda yang tak ada kaitan.



"Semua dengar!! Jangan menyampuk masa ustazah tengah bercakap, jangan sembang dengan kawan, jangan bising. pasang telinga. selagi ustazah awak tak habis bercakap selagi tu tak dibenarkan tanya apa-apa soalan. Faham semua?" tegas aku pada mereka.



"Fahaaaam...."



Sambung sahabatku lagi,



"Kisah ni berkenaan dengan seorang hamba Allah. Kita gelarkan dia Fulanah. Ustazah pernah bersama dengan dia. Hamba Allah ni seorang yang baik. Suka tolong orang. Sifat dia tu mulia pada ustazah. Ustazah sayang si Fulanah tu. Ustazah pernah ke rumah dia. Jumpa mak ayah dia. Dan suatu hari, tiba-tiba ada orang beritahu pada ustazah bahawa si Fulanah tu tak solat. Ustazah terkejut sangat. Ustazah tak mahu dia disiksa dalam kubur. Ustazah sampai menangis fikirkan macam mana nak beritahu dia ni. Kemudian selepas tu ustazah bincang dengan kawan-kawan ustazah yang lain dan Alhamdulillah ustazah dengan kawan-kawan buat halaqah. Sebab utama ustazah tak mahu la dia terasa hati sebab ini menjadi tanggungjawab ustazah kena tegur dia.Ustaz cakap, bab solat ni tak boleh  main-main. Dengan kita sekali berdosa kalau tak tegur dia solat.



Kemudian ustazah bentang bab solat. Cakap mengenai hukum hakam dalam solat. Dan satu hari, si Fulanah ni dapat tawaran kerja dekat Johor. Sebelum dia berpindah tu ustazah nasihat dia macam-macam. Dah dekat setahun dia berhenti. Kemudian ustazah dapat berita lagi selepas setahun berlalu dia meninggal duni?"



"iaaaaa..."



"Kawan ustazah umur 26 tahun meninggal dunia. Ustazah tahu kehidupan harian dia sebab dia bersama ustazah. Awak bayangkan tak solat! Ustazah tak boleh tidur malam duk fikir, 


'ya Allah macam mana lah si dia di alam barzakh ya Allah, Kau tolonglah dia'


Ustazah tak putus-putus berdoa. Ada seorang ibu pelajar call ustazah tanya ustazah kenal tak Fulanah ni. Ustazah cakap kenal dia dah setahun lebih berhenti dan menetap di Johor. Ibu pelajar tu beritahu ustazah yang si Fulanah tu dah meninggal dunia sebab sakit jantung tak silap ustazah.



Nak tahu apa punca dia meninggal? Cuma tersepak sesuatu kemudian jatuh dan pengsan. Sampai di hospital, tak sedarkan diri. Bila dah sedar, dia sempat panggil nama mak dia lepas tu tutup mata buat selamanya. Ustazah tak tahulah episod hidup dia macam mana. Si Fulanah ni dia sangat baik. Ustazah sayang dia. Ustazah nasihat dia diam je biarlah dia tak mahu kawan dengan ustazah pun. Ustazah marah dia keluar malam. Jangan terlalu bebas dengan ajnabi. Kena solat, kita orang Islam. Nanti nak masuk kubur susah kena hadapi azab kubur. Ustazah menangis lagi nasihat dia. 



Dan Alhamdulillah ustazah rasa diri ustazah dah terlepas dari tanggungjawab tegur dia. Tapi ustazah tak tahulah dia dengan Allah Taala macam mana. Ustazah bersangka baik semoga dalam kubur Allah lapangkan kubur dia, diterangi cahaya, Allah terima amalan dia dan Allah redha hidup dia. Orang segar bugar, tiada masalah. Ceria, dia tak pernah marah dekat pelajar-pelajar dia. Dia cakap baik-baik. Ustazah respek! Tapi satu je ustazah tak respek, dia tak solat. Jadi hidup kita rugi.."



"Ustazah Atikah nangis.." sibuk je si Qayyum ni. Habis kantoi aku. 



"Kita tak tahu bila kita mati. Hari apa. Hari ni ke esok. Tak tahu. Jadi awak semua jangan main-main lah dengan solat. Masa ni lah awak nak didik jiwa awak. Dah besar nanti susah kemungkinan hati kita keras. Faham tak semua?"



"Fahaaaaam ustazah..."



19 Oktober 2016








Wednesday, December 14, 2016

Redha


Apabila terbatalnya persetujuan antara ibubapa Atika dan Faiz,
suasana kehidupan mereka masing-masing banyak berubah. 

Terutamanya Atika. 
Dia mengenali erti redha 
dan tidak berharap apa-apa daripada walinya.."




Kenapa Hati Dicipta?



Oh Tuhanku,
Kenapa hati dicipta?

Kenapa memberi kesunyian yang menyeksa?
Apa kesalahanku?


Second Wife?



Seseorang telah meminta aku carikan seorang wanita lain untuk dijadikan isteri kedua. Ya, isteri yang kedua. Masih ada kekosongan katanya. Mungkin terlampau "mampu".

Bukan tak mahu cari. Tetapi aku fikirkan perasaan isterinya. Bagaimana perasaan hati seorang wanita jika diduakan apatah seorang isteri. Walaupun aku sedia tahu isterinya sama sekali tidak kisah sekiranya dimadukan. Bahkan isterinya sendiri pernah menawarkan aku. Allahu!

Terlalu baik dan mulia hatimu sahabatku. Tetapi aku menolaknya dengan baik. Aku sesekali tidak akan menjadi yang kedua atau yang ketiga dan sekaligus menyakiti perasaan orang lain.

"Jika anda tidak suka orang mengambil hak anda, anda juga perlu sedar bahawa orang lain juga tidak suka anda mengambil haknya. Meskipun dia telah menawarkannya..."

"Bagaimana harus ku menjadi yang kedua, menjadi yang pertama pun belum bisa.."