Monday, November 28, 2016

Entah lah...


Entah lah,
kadang-kadang aku rasa tak perlu tahu daripada tahu.
kerana bila tahu,
terdapat satu tanggungjawab besar ke atas diriku...


Jika tidak tahu, 
tidaklah aku terlalu memikirkan hal itu sehingga memecahkan kepala otak.
tidaklah buang masa memikirkan hal dia seorang.


Maka sekarang, sudah ku tahu.
apakah yang perlu aku lakukan?


Sudah diajak, dipelawa, disuruh,
tetapi masih dengan alasan yang sama,
"nantilah dulu"
hanya mampu diam dan berlalu pergi...


Berharap dia sedar sebelum terlambat,
umur kita semakin meningkat,
mati semakin dekat,
mungkin lusa atau tulat,
yang pasti akan kiamat,


Dan mati itu terlalu sakit,
di dalam kubur amatlah sempit,
papan dan tanah datang menghimpit,
binatang tanah datang menggigit,


Hai manusia,
tegakkan solat,
solat itu untuk penyelamat,
cepat-cepatlah kita bertaubat,
agar diterima amal ibadat.




Friday, November 11, 2016

Ustaz Pelik.


Kelmarin paman bawa seorang ustaz ke rumah Tok untuk berubat. Sangkaan saya terhadap ustaz mestilah berjubah & berkopiah. Rupanya tidak. Ustaz itu bukanlah seperti yang kami fikirkan.



Berpakaian biasa & bersahaja. Saya perhati saja ustaz tu dan bermonolog dalam hati, "Biar betul ustaz ni? Betul ke ni ustaz? Takde rupa ustaz pun. Boleh caye ke?" Kakak disebelah asyik berkerut dahi melihat cara dia. Dari situ saya boleh tahu kakak 'kurang senang' dengan cara ustaz tu.




Tengah borak & cerita masalah yang dialami pesakit. Dan ustaz tu call seseorang. Lama juga mereka berbual. Lepas call, dia kemudian tengok hp. Belek-belek hp. 3 hp yang dibawa. Katanya untuk meng-scan sesuatu dalam rumah.




Saya bisik dekat mak, "Tak cayelah ustaz ni. Macam pelik je. Kalau abang Azim ada ni mesti dia lagi pelik." Mak diam je seolah berfikir dengan apa yang saya beritahu.




Yang membuatkan saya terfikir cara nombor 2 tu. Bagaimana ya?




1- Limau kasturi

2- Batu dijalan tar



Oh ya, ustaz tu tidak bersendirian. Dia datang dengan adik wife paman. Saya namakan Angah. Jadi Angah ni dia boleh 'rasa' dan 'tahu' sesuatu yang ada dalam rumah tu dan tak kira dimana sekalipun. Sekali lagi saya perhati mata Angah selalu melilau diastas syiling dan sekeliling rumah. Kemudian Angah bangun meluru ke ruang tamu dan duduk berseorangan.




Agak lama Angah bersendirian disitu. Rupanya Angah 'rasa' sesuatu. Angah datang semula dan beritahu pada ustaz bahawa sesuatu yang dirasakan itu sedang berada diluar rumah. Apa yang Angah beritahu kami sedikit percaya. Tetapi apa yang dikhabarkan ustaz itu sukar untuk saya percaya.




Ustaz tanya, "Siapa kat sini boleh 'rasa'? Kot2 boleh beritahu saya kat mana awak nampak." Tiba-tiba pak sedara tunjuk ke arah saya dan semua mata-mata memandang. Saya geleng tetapi disuruh juga 'merasa' dan duduk ditempat Angah tadi.




Ketika ustaz mendekati pesakit, saya tak tahu apa yang dibacakan oleh ustaz. Berkumat kamit mulut ustaz membacakan ayat dan melepaskan 'sesuatu' kedalam batu yang dikutip diluar rumah. Bertambah hairan lah kami yang menontonnya. Kemudian batu tersebut digumpal kedalam tisu untuk dibuang, mungkin?




Setelah selesai, ustaz memberitahu kes itu sangat berat. Sehingga ada perjanjian pula pada minggu hadapan. Akan tetapi kali ini, ustaz akan datang ke rumah anak pesakit pula untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas lagi. Kebetulan kami berjiran, jadi mak pun turut ikut serta mahu ustaz tengok rumah kami sekali. 




Saya pandang mak, "Cari ustaz lain lah. Ramai lagi ustaz kat luar tu. Ustaz kita kan ada..."




Entah dari mana datang ustaz tu pun kami tak tahu.

Taubat lepas ni tak invite dah ustaz tu.




Wednesday, June 1, 2016

Ke Pulau Pinang



Actually kisah ini dah lama kira-kira dua tahun lepas. Dah pernah tuliskan kat sini then saya deleted that post sebab tak tahu 'hargai' lagi ibrah waktu tu. Banyak ibrah yang saya pernah tulis dan sama juga still tak tahu hargai ibrah. So start from now saya mula tahu what is ibrah. What is ibrah? Ibrah is Pengalaman. For me kalau nak dapat ibrah ni kena cari. Hari ini, saya kumpulkan semula detik-detik ibrah yang pernah saya lalui suatu ketika. Insha Allah, mudah-mudahan Allah mengembalikan semula ingatan saya pada tulisan yang lalu. 



IBRAH yang pertama ; MUSAFIR KE PULAU PINANG.




Bermulanya kisah ini, saya dan sahabat menghadiri satu mesyuarat dan diberitahu akan ke seberang atas mesyuarat kedua disebuah Yayasan An Nahdhoh Pulau Pinang. Sebagai seorang Pembantu Peribadi dia ketika itu haruslah saya ada dan mengikuti setiap jejak langkahnya. Usai mesyuarat, kami pun pulang. Tanpa pengetahuan, segala tiket penerbangan dah beres dibooking oleh dia. Cuma menunggu tarikh untuk berlepas.

Tiba lah dua hari sebelum tarikh kami ke Pulau Pinang, malam tu lepas isyak tengah fokus on my pack, tiba-tiba mengantuk dan tertidur. Sampailah saya bermimpi pergi Pulau Pinang. Lama mimpi then tersedar. "Mimpi rupanya ya Allah!" Aduh, tepuk dahi. Syukurlah. Memang saya ni jenis yang bila nak ke mana-mana atau ada event dua hari sebelum atau satu jam sebelum saya mula rasa tak sedap hati lah, rasa nak pergi toilet lah, (dah masuk toilet pun) dan bila tidur sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dasyat betul! 



Nak dijadikan cerita, malam tu saya tidur. Rupanya saya mimpi lagi and  mimpi yang sama. Indah betul mimpi tu sampai rasa asyik! betul-betul rasa ada kat sana dah. Sama juga bila saya tersedar je dari mimpi, dah pagi around pukul 7. Gosok mata berkali-kali, tengok jam. "Betul ke pukul 7 ni?" "Flight pukul berapa?" Tiba-tiba mak masuk bilik tanya. Saya dah terpinga-pinga tak tahu nak jawab apa sebab tiket kawan yang pegang tapi ingatlah dia kata flight around pukul 8 am. "Rasa dah lewat ni sebab kawan kata flight pukul 8" "Dah tu tunggu apa lagi? Cepatla bersiap"




Terus bangun dari katil, pergi mandi. Mujurlah beg pakaian dah kemas awal-awal malam tu. Jadi masa tu yakin dah tak ada apa-apa barang yang tertinggal. Stokin, handsock, niqab semua tak sempat pakai dari rumah. Pakai dalam kereta sewaktu perjalanan ke Airport. Dalam hati, mak cepat sikit mak dah lambat ni bawa laju sikit. Mak kata selawat lah, doa banyak-banyak moga Allah jaga. Dia dah lama sampai Airport dia berangkat awal. Then, dia call tanya dah keluar rumah ke belum sampai kat mana dah. Dia bimbang sebab masa tu dia tengah tunggu kat dewan perlepasan dan masa tu penjaga pintu dewan perlepasan tu dah marah-marah katanya kenapa lambat. Penjaga tu suruh dia pergi dulu tapi dia still setia tunggu sebab kalau dia pergi, saya sampai nanti nak naik flight dengan apa? Sedangkan tiket saya dengan dia.



Saya still lagi dalam perjalanan to Airport. Masa tu atas Jambatan Sultan Mahmud lambat sebab kena tempuh jammed yang panjang! Ya Allah makin panjang, makin lambat. Saya doa, doa dan doa. Macam-macam perasaan masa tu tambah-tambah dia tunggu saya lama kat Airport. Selang beberapa minit, dia call lagi. Dengar suara dia di hujung talian buatkan saya rasa nak menangis. I tell her still lagi dalam perjalanan tapi laluan sesak sebab jammed. Kalau lah masa tu saya ada kuasa magik, dah lamafly to Airport tak perlu susah payah suruh mak hantar. If I have the power to fly a flight, I'll fly to you. Dalam kereta, mak tak habis ingatkan suruh beristighfar, bertahmid, zikir dan banyak lagi. Yang penting terus berdoa don't miss. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai di lapangan terbang. Cepat-cepat salam mak, adik kakak.. And lari masuk menuju ke pintu utama dewan berlepas mencari kelibat si dia yang tunggu terus mata saya tertumpu dekat bahagian orang ramai yang seolah-olah disekat untuk masuk. Sayake arah tu dengan tiba-tiba tangan saya oleh ditarik seseorang.


"Kenapa lambat? Awak tahu tak awak berdua dah hampir terlepas flight? Awak masih ada beberapa minit je lagi untuk kejar flight. Pergi cepat!" Tegas seorang pengawal lelaki umur 30an macam tu lah. Lepas check bagasi, check semua then guard tu lepaskan kami. Tanpa fikir orang sekeliling, kami berlari sekuat hati sebab nak kejar flight. Untuk pengetahuan, flight yang kami naik Air Asia. Bagi siapa yang pernah naik Air Asia, dia tahu lah berapa kilometer jauhnya perjalanan menuju ke tangga kapal tu. Dia kat sebelah tak mampu cakap apa lagi dah dan kami sudah pun kesuntukkan masa, dia masih tenang berjalan. Hanya kedengaran nafas tercungap. “Sikit lagi! Sikit lagi!”  


Lagi beberapa minit je lagi Ya Allah. Kuat! Tibalah kami di pintu masuk kapal, berdiri dua orang pramugara dengan tenang sambil mengalukan kami naik. Saya bersuara, "Maafkan kami sebab lambat" Mereka tersenyum tanpa sebarang kata. Allah! Dari rumah sampai Airport, dari Airport sampai Dewan Perlepasan, dari Dewan Perlepasan sampai ke tangga kapal mereka sabar menunggu. Allah! Allah! Tanpa sedar, pintu kapal pun ditutup. Kelihatan mata-mata memandang hanya kerana kami berdua sahaja yang mencari seat ketika itu. Selesai menyimpan bagasi, kami melabuhkan punggung di dalam pesawat. That is my second time saya menaiki kapal terbang setelah setahun yang lalu ketika ke Kuala Lumpur. Dalam mengingati saat-saat itu, saya menoleh dia di sebelah. Kelihatan tak bermaya. My fault? Yes! My fault! Detik-detik dari rumah ke Airport sebentar tadi sedang bermain di layar fikiran. Nak tegur, takut. Tak tegur, pun takut. Serba salah.

"Awak..." 


"Saya mintak maaf tau pasal tadi.."


Saya terima bila dia marah. Saya tahu memang salah saya sebab lambat. Tapi Alhamdulillah selamat juga kami naik kapal. Kalau dah give up masa tu, tak pergi lah kami ke Pulau Pinang. Saya pejam mata. Telan semua apa yang dia cakap masa tu. Saya tak lawan even as a PA, walaupun seorang kakak pada dia. Sebab saya tahu, bila dalam keadaan macam tu, seseorang kena mengalah walaupun dia tak salah. Tapi dalam hal kami, saya akui memang saya bersalah. Jadi saya patut dengar. Ketika tu, saya rasa saya lah PA yang sengal sebab tak pernah jadi PA yang terbaik untuk dia!


Tuesday, May 24, 2016

Bukit Keluang



IBRAH yang kedua ; Hiking 



Around pukul 7 bangun mandi dan selesaikan apa yang patut. Pukul 7 masa tu hari gelap lagi macam pukul 4 pagi. Lepas selesai semua, saya bangunkan dia kat katil sebelah. Kira-kira jam 7:30 macam tu kami dah check-out dari Homestay ZN Mix. Mujur masa tu check-out awal sebab masa keluar tu, customer baru lain datang. Kemudian, kami nak menuju ke Bukit Keluang tapi masa nak gerak tu tiba-tiba ada a group of police dengan motor-motor besar halang perjalanan. Mereka suruh semua kereta berhenti di bahu jalan. Kami pun takut dan saling tanya, "Apa dah jadi ni?" Masing-masing cemas.




Kami berdoa supaya tak ada apa-apa yang berlaku sebab takut kereta yang kami naik tu kena rampas sebab bukan kereta yang diimport dari Malaysia. Untuk pengetahuan, kereta itu diimport dari Singapura. Dah banyak kali pesan jangan bawa kereta tu but kami degil juak hahaha katanya mesti yakin Allah kan ada. Alhamdulillah, banyak tempat kami pergi tak pernah sekali pun abang polis nampak atau saman sebab? Letak Allah utama. Ok berbalik pada cerita asal.




"Ya ALLAH jauhilah kami dari pandangan polis-polis ini ya ALLAH... Hijablah, tutuplah mata-mata mereka supaya tak nampak kami ya ALLAH..." 




Lagi...




"Ya ALLAH bantulah kami.. bantulah kami... Permudahkan urusan kami Ya ALLAH.. hapuskan pandangan mereka dari melihat kami ya ALLAH.."




Dan lagi...




"Ya ALLAH... kaburkan mata-mata polis ini dari melihat kami.. Ya ALLAH bantu kami...

tutuplah mata mereka... semoga polis-polis ini tak nampak kereta kami ya ALLAH...
Amiiiin..."



Sekali ada juga ternampak seorang polis tu melilau-lilau tengok kereta yang berhenti di bahu jalan. Saya hampir menangis ketika itu sebab takut yang teramat tapi masih lagi berdoa, berdoa dan terus berdoa. Kami tak henti-henti menyebut Allah.. Lama juga tunggu, ada apa lah polis ni suruh kami tunggu... Tiba-tiba ada sekumpulan KONVOI BASIKAL LUMBA! 




Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukurrrr.............

Mujurlah konvoi. Kami fikir apa lah tadi.



 *usap-usap muka*




Kemudian semua polis dah berlalu pergi. Kami pun menyusul dan tiba lah di Bukit Keluang pukul 8. Sebelum itu, kami pergi breakfast dulu. Pukul 9 tanpa buang masa kami start perjalanan ke bukit. Siapa yang pernah hiking di Bukit Keluang, dia tahu lah berapa kilometer panjangnya perjalanan menuju ke kaki bukit tu. Belum naik bukit dah mengeluh apatah lagi bila naik. Setiba di perkarangan bukit tu, nampak banyak juga lah kanopi-kanopi orang jual makanan dan minuman. Pandang saja atas bukit, mengucap panjang! Tinggi sangat! Macam mana nak panjat ni? Macam mana nak naik ni? Boleh ke aku daki ni? Macam-macam bermain dalam fikiran. Tapi pujuk juga diri Insha Allah mesti boleh. Takkan dah sampai nak balik pula. Ko giler?




Awal-awal naik tu dah rasa lenguh apatah lagi untuk meneruskan perjalanan tu. Nak menangis. Family tak tahu saya pergi hiking seorang diri dan berdua dengan kawan. Ianya tak semudah ABC. Sedih dan stress. Pergi hiking barulah tahu erti nak hidup ke mati di pertengahan jalan. Perjuangan boleh terhenti tanpa sokongan. Dia di depan, saya di belakang. Dia laju sangat berjalan sampai saya rasa dia macam nak tinggalkan saya. Saya jerit-jerit kat belakang, "Awak, tunggu! Jangan laju sangattt..." Dia kata, dia tak laju cuma dia teruskan perjalanan tanpa henti. Saya membebel lagi di belakang, "Dahla lenguh, still nak teruskan lagi? Berhenti lah dulu.."




Saya rasa tak patut bawa kawan macam saya ni pergi hiking sebab banyak songeh and banyak bunyi! Hahaha




1 minit... 2 minit...3 minit...4 minit kemudian... Dia kata, kita tak boleh berhenti duduk terlalu lama sebab nanti lambat sampai puncak. Tanpa berlengah kami pun teruskan perjalanan walaupun masa tu saya masih lagi tak puas duduk rasa nak duduk lama-lama kat situ hahaha. Tak perlu risau, setiap perjalanan yang kau daki akan ada tempat persinggahan. Banyak tempat juga saya terhenti sebab terlalu penat berjalan. Walau dia dah jauh dari pandangan mata, saya tetap kata saya boleh! Saya boleh teruskan! Boleh teruskan sangat walaupun masih lagi terduduk di tanah. Hahaha. Dengan kudrat yang masih kuat saya meneruskan langkah mendekati dia yang dah jauh kat depan. Dia berhenti, saya jalan. Dia berhenti, saya jalan. Saya cuba pintas, namun dia masih laju di hadapan. Gagah kan?




Dalam pendakian selalu saya titipkan doa, semoga dipermudahkan perjalanan. Singkatkan perjalanan ini moga cepat sampai ke puncak. Dan Alhamdulillah hanya satu jam juga lah untuk kami betul-betul berada kat atas pucak. SubhanaAllah, dengan berkat doa mendaki sambil ingat pada Dia jadi mudah. Bila dah sampai atas puncak, rasa satu kesyukuran. Amatlah bersyukur sebab dalam perjalanan macam-macam perasaan ada. Putus asa, lemah, tak kuat pun boleh jadi kalau tak ada sokongan. ULANG, bila dah sampai atas puncak, rasa nak menjerit sebab dah berjaya atasi keberanian dan teruskan pendakian walau rasa nak turun dan balik. Bagi orang yang dah banyak kali berjaya daki Bukit Keluang, mungkin akan rasa dah lali dan tak perlu nak cerita banyak kali rasa syukur tu. But for me, that time is my first time jalani pendakian dan rasa bersyukur tu hanya Tuhan saja yang tahu.




Lama juga lah kami bertapa atas puncak tu sebab ramai orang bergambar dekat sign board yang ada tulisan SEOUL, LONDON, JERTEH, BANGKOK, JAKARTA, ACEH & SYDNEY. Berebut-rebut orang bergambar dekat situ sebagai satu kenangan. Saya dengan dia tak terkecuali pun nak bergambar kat situ juga. Tapi kami beri laluan pada orang lain dulu sementara tu kami ukir nama di dahan pokok sambil bercakap, nyanyi. Banyak memori atas sana. Nak tengok gambar kami? Ehem, nanti dulu. Kemudian, selesai bergambar kami mula turun bukit. Ada seorang pakcik tanya, "Berapa kilometer lagi dik untuk sampai bawah?" "Tak tahu lah pakcik, rasanya jauh lagi ni.." Dalam hati, kuat betul tenaga pakcik ni boleh mendaki lagi. Aku yang muda ni kudrat masih kuat ni nak mengeluh. Malunya ya ampun. 




Ingatkan masa nak turun tu tanah rata je sampai ke bawah... Tapi! sampai ke pertengahan jalan.. tanah bengkang bengkok sampai saya banyak kali hampir jatuh. Ada sekali saya dah pun terjatuh golek, tapi terselamat sebab saya pegang kuat pada dahan pokok. Untuk pengetahuan, setiap perjalanan akan ada tali panjang untuk pendaki bergantung dan menampung diri dari bahaya. Saya tengok, dia tak pernah jatuh. Mungkin sebab dia pandai balance kan diri dia sebab tu tak jatuh. Ada satu saat dimana saya tergelincir dan jatuh, degupan jantung sangat kuat. Saya dah jauh di belakang. Jerit panggil dia tidak diendah. Dan ada satu bunyi NGAUUUMMM!! Suara apa tu? Seperti ngauman harimau. Saya pelik kenapa pendaki-pendaki lain tak dengar? Atau saya salah dengar? Betul, suara harimau. I asked her, "Ada dengar apa-apa tak tadi?" She said no.




Perjalanan akhir untuk sampai ke bawah, mudah. Tak perlu jalan atas tanah sebab disediakan tangga. Tapi tangga yang tinggi dan panjang. Lenguh juga nak sampai ke bawah. Bayangkan! Tangga macam tembok cina tu! Lagi satu tembok di Batu Caves tu. Sampai kat tangga tu, saya terduduk situ sebab terlalu penat. Dia pun terduduk sama. Saya membebel lagi, "Berhenti lah dulu.." Kalau boleh masa tu nak je teruskan perjalanan biar sampai bawah terus tapi tak kuat. Duduk sampai otot kaki berasa dah tegang. Bangkit berdiri dan meneruskan perjalana sehinggalah berjaya sampai bawah.... Alhamdulillah! Alhamdulillah! Sampai je kat bawah nampak banyak kanopi makcik-makcik jual air sirap, air tebu, air kelapa, air asam boi. Tapi tak sempat beli saya dah terduduk di tangga dan hampir pengsan akibat terlalu dahaga dan kepanasan. Mulut kecut pucat menggigil kehausan. Dia kat tak sedar masa tu. Dia lambat beli air. Saya dah tak boleh jalan sebab kaki keras. Tulang bagai nak tercabut. Saya tahan, tahan dan tahan. Baru dapat beli air dan sekali teguk, baru awak tahu rasa kenikmatan dia macam mana. Alhamdulillah.




Saya singkatkan pendakian ; Mula daki pukul 9 pagi lebih. Berhenti 4 kali. Tiba di puncak jam 10 lebih. Turun bukit jam 12:30 pm. Sampai bawah jam 1:00 tengah hari. 




Waktu rehat selepas makan kami terus on the way balik ke Terengganu. Berhenti dekat Masjid untuk saya bersihkan diri nak solat. Lepas solat straight balik. Alhamdulilah, sampai di perkarangan rumah seawal jam 6 petang.




Pendakian yang penuh ibrah. Alhamdulillah, terima kasih Allah!




30 April 2016 | Isnin | 5:05PM




Monday, May 23, 2016

Lost



I felt something weird
I felt as tomorrow may no longer be
I felt my days pass away in vain
I felt something was waiting me
I felt like being in a dark room
I felt empty



Everyday I cried a lot

What's wrong with me?
My heart restless and uneasy
Someone came and said,"Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."



After solah, I seek the guidance of Allah. 

Ask for forgiveness of sins. 
Merayu agar setiap kata-kata diterimaNya. However, empty.
Cahaya terang hilang, yang datang menerpa gelap gelita. 
Jika ditanya apabila kita menghilang dan jauhi diri dari orang bermakna orang juga turut pergi dari kita, jawapannya sudah pasti orang akan turut pergi meninggalkan kita dan hanya yang setia sahaja akan menunggu.



Ini yang dirasakan. 

Menghilang dari pandangan. 
Jauhi dari orang. 
Bukan bermakna pergi selamanya 
tetapi mencari damai yang hilang. 



I know who I am

I'm not perfect like angle
I'm not a girl who is always right


I'm not a religious person
I'm also not a good woman
but try to be the best among the best


I realized that life is only temporary and doesn't last long.
I realized my assets is only temporary and doesn't last long
I realized my family and relatives is only temporary and doesn't last long
I realized who love and to love is not enternal
everything belongs to Allah
Semua dipinjam Tuhan



Monday, January 18, 2016

Puisi Kasih


"Syahdunya aku mendengar alunan suara mu,
Wahai adik ku yang disayangi,
Tak disangka dan tak terjangka,
Engkau masih mengingati,


Saat memori kita bersama,

Yang sukar untuk dilupakan,
Wahai adik ku yang disayangi,
Memori indah kita bersama,


Daripada terbitnya fajar,

Dan terbenamnya matahari,
Tiada terkata betapa indahnya,
Segala perit liku-liku hidup,


Duka dan manis tawa,

Kita alami bersama,
Kita harungi bersama,


Adik ku sayang,

Sesungguhnya kakak mu ini amat menyayangi mu,
Dan amat mencintai mu,


Adik ku,

Ku akui bila ku berjauhan dengan mu,
Hatiku begitu lemah,
Kerana tiada pendukung disisi,


Aku sedih...

Mendengar khabar berita engkau berhenti kerja,
Betapa sedihnya tak terkata,
Dimana aku pergi, engkau pun pergi,


Tinggal lah tapak memori sahaja disana,

Tapi tak mengapa,
Terselitnya ketulusan hati ini,
Allah Yang Maha Mengetahui rahsianya,


Agar keindahan
 memori kita bersama,
Kekal hingga ke Syurga,
Dan aku bermohon pada mu wahai adik ku,
Di akhirat sana nanti, jangan engkau tidak menyebut nama ku,
Kamu mesti menyebutkan nama kakak mu disana,


Agar kita dapat selami hidup,

Dengan penuh barokah,
Bersahabat hingga ke Syurga,
Yang abadi,


Adik,

Ku doakan agar engkau,
Kuat harungi pancaroba hidup,
Dan akan hadirnya seorang suami yang soleh,
Natijah yang boleh membawakan kebahagiaan pada mu,
Kepada agama mu,
Jalan kehidupan mu,
Dan seluruhnya semata-mata kerana agama Allah yang Satu.


I love you so much."



14 Jan 2016 | 1:17AM




Sunday, January 3, 2016

React Friends



Yesterday I got a random message from my friend that she sent to all her friends on WhatsApp. She needs my answer. And I also decide sent that random message to all my friends on WhatsApp. I'm suprised to get many different answers from other friends.

I wanna shared with you what is it. Here we go ;

1. My name in your phone?
2. Relation between you & me?
3. Any name you would like to call me?
4. What will be your reaction when you will find out that I'm dead? 
5. The thing you really want me to know?
6. One thing that you love the most about me?
7. If you got a chance to ask me something about my personal life?
8. Your reaction on my first look?
9. How long you want me in your life?
10. What song you want to dedicate to me?


And the answers I got from ASHIKIN ROHIM.



1. Atikah Marzuki.




2. We're sistorrrrssss a.k.a Sahabat




3. Kak Tikah <3




4. Got my body shaking. I can't think a bit and my mouth start to ask thousands of questions to make sure that it's not a prank and my brain start to process to accept the situation. Surely got my heart beat fast as my tears came out like a rain. And if posibble I'll run to you that time.



5. You're kinda my idol. My role model in achieving an Islamic way of life. You're so special yet really independent in your own ways. I'm amazed by how you can memorised Qur'an in a short time. And I would take your spirit to do the same. InshaAllah, pray for me ya solehah :) and thanks a lot for came into my life and be one of my sahabat. I LOVE YOU ya habeebty.



6. Your humor. your talk. your way of dressing. And the most is I kinda like your mind. It's different and hard to expert.




7. I don't know. I'm a type of person that only know what people want me to know and got no interest in anybody bussines unless I got a hint that they're going thru something important. I'll open my mouth to ask.




8. "She's soooo mysterious". Then it's turn out to be true! Well everyone are mystery until we get to know them.




9. Long enough that I want you to be in my wedd, in my baby shower party, in my childs wedd or even in my funeral until you become one of my neighbourhood in JANNAH




10. Urfff. I'm not so good in picking up a song as I've stop listening to a new one but, I dedicate you a Surah from Qur'an. Surah Al-Insaan. Enjoy the meaning!




I'm just try to be honest as I can. That answers are came out from my heart to you.May you have a good life in both dunya wal akhirah. Lots of love.




The next answers from SIS MASYITAH.




1. Atikah.

2. Ibarat adik dengan kakak.
3. Adik Tikah/Adik
4. Sebak tak terkata. Pilu rindu. Terkenang memori indah bersama.
5. Saya sayangkan awak kerana Allah Taala.
6. Suka buat lawak dan nakal.
7. Bila nak kahwin? Dah ada calon ke belum? Awak sayang saya tak?
8. Kagum dan happy.
9. Hingga ke Syurga.
10. Sahabat Sejati - UNIC



The next answers from AINA MARDHIAH 



1. Kak Fatimah Atikah.
2. Adik beradik *smiled*
3. Kak Fatim.
4. *cried* *cried* *cried* Tak boleh cakap pape.
5. Bila nak kahwin???
6. Comeyyy!!!! and ilmu akak!!!!!! MasyaAllah.
7. Bila akak dah kahwin baru kita nak tanya sesuatu.
8. Macam ustazah.
9. Hingga akhir hayat kita Ameen!
10 *she sent me a voice* 



The next answers from WAJIHAH 


1. Atikah Tadika Tahfiz An Nur
2. Kawan
3. Tikah
4. Menangis + sedih + terkilan + hilangnya seorang kawan
5. Harap persahabatan kita tak putus, kalau jumpa tegur, hihi
6. Seorang yang peramah
7. Bila nak kahwin??
8. Tak tahu nak kata apa
9. Selamanya. InsyaAllah dengan izin yang Maha Esa kalau dipanjangkan umur.
10 . *running*


The next answers from ANIS ATHIRAH




1. Kak Fatimah Atikah

2 Bestfriend
3. Kak Tiem 
4. *shock* *cried* Doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan dapat bertemu di Syurga Firdaus Ameen.
5. Uhibbuki Fillah Abadan Abada
6. Sahabat yang baik yang prihatin
7. Of course la bila kita nak jumpa semula?? Hehehe
8. Wallahu'alam
10. Tak tahu hihihi


Hahaha this is funny...




The next answers from HABIBAH BALQIS




1. Kak Atiqah

2. Kawan
3. Qah
4. Sedih + menyesal tak dapat luangkan masa bersama awak
5. Saya rindu awak
6. Lemah lembut & baik hati
7. Bila nak kahwin?
8. Kagum + terkejut
9. Selamanya jika dipanjangkan umur
10. Terlalu rindu



The next answers from DHANIYAH HUSNA




1. Kak Tikah

2. Sahabat dunia akhirat
3. Kak Tikah/Baby
4. Of course nangis raung la der
5. I love you
6. Budak comel baik hehehe
7. Bila nak nikah?????? Jujurrrr
8. Comeynya...awat tinggi kurus macam tiang? Hahaha
9. Foreverrrr till Jannah
10. Sahabat sejati - UNIC



The next answers from ENGKU ADLIN




1. Fatim Cuzzie Maxis

2. Cousin
3. Ten
4. I will cry *cried* *cried* *cried* *cried* *cried*
5. No 5 skip
6. Yourself
7. When will you get married?
8. *smiled*
9. Till the day of the dooms day
10. *she sent me a voice*


So that's it. You all can try this! Send it to all your friends and get many different answers from other friends :)