Thursday, December 10, 2015

Kakakku Si Pendengar Setia



Mungkinkan terputus di tengah jalan~
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan~
Usah ragu dengan takdir~


Lagu Cinta Terakhir nyanyian Aiman sebagai ringtone peti masuk WhatsApp 
memecah kesunyian. Saya buka,


"Adik kat mana? InsyaAllah kalau jadi petang ni nak tidur sana"


"Kat tempat keje lagi. Ok datang cepat tau kite tunggu!" balasku dengan penuh harapan.


Satu jam kemudian...
Dua jam kemudian...


Menoleh ke kiri ke kanan mencari kelibat si dia. Namun tidak kelihatan. Sementara menunggu, aku tulis puisi sambil dengar lagu Cinta Terakhir. One of my favourite song. Mulut terkumat kamit nyanyi bait lagu tu tiba-tiba...


"Cikgu! Cikgu! Cikgu Masyi datang!" jerit Nabila anak murid saya.


Aku toleh belakang dan menangis atas pangkuannya. Sebab terlalu rindu. 4 bulan setengah macam 4 tahun. syukur Allah pertemukan kembali. Walaupun sehari, tak apa asalkan jumpa.


Percayakan Allah, 
kerana sesungguhnya pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan-Nya.
Lama aku duduk atas riba dia akhirnya aku bangun sambil kesat air mata.


"Heyy... nangis eh? Tak payah nak mengada sangat ye. Haa geletek kanggg.."


"Hahahahahaha jangaaaan...geli laaaah! Mana ada kite nangis.. Mata masuk habuk.."


"Elelelele...."


Tak mampu nak elak dari menangis. But I'm not strong. Maka, terburailah air mata kegembiraan kerana sahabat tercinta di sisi.



Friday, December 4, 2015

Kisah Bertemu Saidatina Aisyah.



Mudah-mudahan cerita yang saya akan sampaikan ni mudahan kita jadi orang yang hampir dengan Allah. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang yang sentiasa ikhlaskan niat kita kerana Allah. InshaAllah.


Alhamdullillah, saya dengan kamu ni sangat beruntung dapat dengar kisah daripada hamba Allah ni. Subhanallah, saya sangat cemburu dan tentunya lepas ni kamu dengar, kamu adalah salah seorang yang sangat cemburu dengan apa yang dia dapat.


Kisahnya macam ini,
Dia ini seorang yang mengikuti masturat dan dia seorang yang berniqab. Bermulanya dia nak cerita kisah ini bila dia tengok saya sendiri berniqab'. Jadi dia menangis dan kata, "Kamu beruntung kamu boleh berburqa."
Disebabkan kekangan keluarga, disebabkan larangan oleh ibubapa. Jadi dia mentaati ibubapa dengan tanggalkan niqab dan memakai tudung labuh. Sejak daripada itu, dia tak join masturat sebab mak dia suruh berhenti dulu.


Sepanjang dia bertudung labuh itu, dia semakin jauh dari Allah. Dengan izin Allah, Allah berkehendak. Kita tak tahu apa sebenarnya Allah nak bagi. Satu hari, dia sedar hati dia semakin keras, susah nak menangis, dia semakin jauh dari Allah. Dia nak sangat dibimbing. Kemudian, dia solat Asar. Dan malam itu, dia solat Tahajjud, solat sunat Taubat, solat sunat Istikharah, solat Hajat dan minta dengan Allah agar diberikan petunjuk Hidayah dan dibimbing.


Kemudian dia tidur. Dia tidur tapi tak dapat juga. Maksudnya, Allah tak nak bagi on the spot lah memang Hidayah ini Allah tak bagi on the spot. Jadi doa dia belum dimakbulkan. Tapi dia tak pernah putus asa untuk tunggu Hidayah daripada Allah. 


Suatu hari dia solat Asar. Ketika dia solat, dia terdengar satu bacaan yang sangat merdu seperti mengimamkan dia. Dia rasa itulah solat yang paling khusyuk sehingga dia menitiskan air mata. Dan pada rakaat yang terakhir, sewaktu sujud terakhir itu kepala dia melekat dekat sejadah jadi dia terperanjat.


Dalam hati dia 'Ya Allah apa dah jadi ini?' Waktu itu dia berselawat banyak-banyak. Tiba-tiba jadi blank! Gelap! Lepas itu tiba-tiba bertukar putih dan waktu di dalam sujud itu dia sedar dan tahu dia berada di dalam keadaan bersujud, dan dia berada di dalam sebuah taman. Dan dia cakap taman itu SubhanAllah sangat cantik dan tak boleh dibandingkan dengan kecantikkan taman yang ada di dunia ini. Memang sangat cantik. Selepas itu, dia ternampak seorang wanita berada di taman itu dan memberi salam, "Assalamualaikum" lalu wanita itu menjawab, "Waalaikumusalam Warahmatullah"


Setelah wanita itu menjawab salam, wanita itu terus menegur dia dan cakap, "Wahai ukhti, kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu jijik? Kenapa wajah kamu bernanah? Kenapa?" Dia pelik kenapa wanita itu kata sedemikian pada dia. Dia tertanya-tanya siapa wanita ini dan wanita ini sangat cantik. Kecantikkan wanita ini tidak dapat dibandingkan dengan kecantikkan wanita-wanita yang ada di atas muka bumi ini. SubhanAllah sangat cantik.


Saya dia tak boleh nak gambarkan, tetapi saya tahu kalau perempuan bidadari secantik ini boleh menyebabkan lelaki pengsan. Dia cakap lagi, memandang wajah itu sangat tenang. Tenang setenang tenangnya. Kemudian wanita tersebut mengulangi lagi,
"Ya ukhti, kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu hodoh, bernanah, buruk, jijik?"


Wanita itu tak nak dekat dengan dia. Dia kata, "Begitulah Allah memandang kamu betapa kotornya hati kamu ya ukhti sehingga kamu begitu jijik, muka mu begitu buruk."


Kemudian selepas itu, wanita ini membawa dia ke satu sungai. Dan air sungai itu semacam cermin. Jadi dicerminkan diri dia pada air sungai itu dan dia melihat betapa buruknya wajah dia. Buruk! Disebabkan kotornya hati. Dia menangis. Dia cakap, 
"Ya ukhti, apa aku perlu buat?" 



Wanita itu menjawab, 

"Beristighfar lah kamu dan Allah sangat mencintai orang yang beristighfar ini. Bertaubat kepada Allah."


Kemudian dia beristighfar tak jadi. Sekali dia buat, tak jadi. Dia istighfar, istighfar, istighfar, bertahmid, bertahmid, istighfar bertahmid, beristighfar, bertahmid dan banyak zikir-zikir. Kemudian wajah dia yang buruk itu bertukar jadi sangat cantik. Wajahnya lebih cantik daripada wajahnya di muka bumi ini. Sangat cantik. Dia menangis dan adalah nasihat-nasihat daripada wanita itu. Kemudian dia tanya pada wanita itu, 
"Siapa kamu wahai ukhti?"


Wanita itu menjawab, "Kamu akan berjumpa dengan ku di Kota Suci." 



Sebelum wanita itu beredar dari situ, wanita itu berpesan, 

"Rindulah Allah dan Rasulmu, nanti kita akan jumpa. InsyaAllah." 



Dan dia cakap pada wanita itu,

"Jangan tinggalkan saya ukhti, saya perlukan kamu untuk bimbing saya ke syurga Allah." 



Wanita itu pula menjawab, 

"Saya kena pergi. Jangan risau, Allah akan hantar sahabat-sahabat yang baik nanti kalau kamu dekatkan diri dengan Allah. Sahabat yang baik, yang soleh, yang solehah, yang dekat, yang hampir dengan Allah." 



Dia merayu pada wanita itu supaya jangan tinggalkan dia tetapi wanita itu cakap, "InsyaAllah kita akan berjumpa asalkan kamu taat perintah Allah, taat perintah ibubapa."


Dia meratapi kesedihan. Lalu wanita itu cakap sambil memeluk dia, "Jangan sedih." 


Dia cakap, "Pelukkan itu adalah setenang-tenang pelukkan dan lebih tenang dari pelukkan seorang ibu." 




Dia cakap lagi, dia macam kenal wanita itu. Selepas wanita itu memeluk dia, sebelum wanita itu pergi, wanita itu cakap pada dia, "Saya ialah Saidatina Aisyah Radhiallahu Anha"



Saidatina Aisyah kata pada dia, "Kamu jangan nangis. Aku Saidatina Aisyah, Asiah, Maryam, Khadijah dan Rasulullah akan menunggu kamu disana bilamana kamu berubah kerana Allah."


Saya dengar, Ya Allah.. Saya nangis. Kalau dia yang mungkin penyakit hatinya tak seberat hati kita, tetapi wajahnya sangat buruk disana dan ditunjukkan betapa buruknya dan macam mana pula keadaan kita mungkin lebih buruk daripada dia. Saya rasa, Ya Allah...  takut.  Rasa takut bila dengar macam itu. Dia setiap hari menangis sebab takut tak dapat jumpa Saidatina Aisyah lagi dekat sana. 



Sebab itu bila setiap kali dia tengok wanita diluar dia akan menangis bilamana wanita-wanita muslimah sekarang ini adalah muslimah PALSU! Muslimah yang tidak pernah, yang menutup aurat tetapi palsu. Hakikatnya, dalaman dia tak ada. Bila dengar kisah ini, rasa dunia ini tak ada apa.



Wallahualam. 
Ini kisah benar bukan rekaan semata-mata. Dan kisah ini sebenarnya telah diceritakan didalam bentuk suara. Jadi pemilik suara tersebut tidak membenarkan sesiapa forward atau kongsi Audio sound nya dimana-mana media social salah satunya WhatsApp. 



Tidak mahu suaranya didengar oleh bukan muhrim mahupun sesiapa. 
Jadi untuk berkongsi kisah benar ini, saya jadikan ia satu coretan di halaman blog ini. 
Semoga ia memberi inspirasi kepada pembaca dan ambil iktibar dari kisah ini. 
Jadikan ia satu ibrah untuk kita semua wanita islam. 
InshaAllah.




Saturday, November 21, 2015

Prank Kawan, Akhirnya Ditinggalkan.



Saya ingat lagi peristiwa itu. Masa tu saya dengan kawan-kawan nak prank birthday dia. Masa tu saya personal assistant dia. Saya cakap kat dia,


Saya :"Awak prospek nak jumpa awak petang ni dekat Masjid Terapung. Noted."


Dia :"Haa yeke? Serabutnya kepala busy sangat hari ini."


Sebagai seorang PA dia masa tu saya rasa macam bersalah pula sebab buat prank yang mencabar. Prank berani mati. Dia pantang dan tak suka orang main-main dalam bekerja. Lagi-lagi saya!


Setiba di Masjid Terapung....



Dia :"Kata prospek nak jumpa? Takde pun..."


Memang tak menjadi prank tu sebab saya sorang je masa tu. Kawan-kawan lain tak muncul langsung. Padahal bukan main plan sama-sama. Tiba-tiba dia jerit sekuat hati sambil menangis dalam kereta. Terkejut saya.


Dia :"Keluar awak dari sini! Pergi! Pergi!"
Saya :"Betul ni?"
Dia :"Aku cakap keluar!"


Bayangkan waktu itu berjalan seorang diri menuju ke jambatan Masjid Terapung sambil menangis teresak-esak seperti dalam drama yang kena tinggal oleh boyfriend pula hahaha seriously dia tinggal saya macam tu je lepas tu terus blah. 


Dah lah masa tu handphone takde kredit. Lagi kuatlah saya meraung masa tu. Ditinggalkan sebatang kara dekat masjid selama 4 jam. Bayangkanla!


Pukul 5.00 petang kawan datang ambil. saya tanya mereka,


Saya :"Macam mana tahu akak dekat sini?"
Kawan :"Dia suruh kitorang ambil akak dekat sini. Kesian akak kena tinggal sorang-sorang."


Saya :"Sayang pula kau kat aku. Tadi tinggal aku huh!"
Kawan :"Sobaarul minal imaan....."




Saturday, October 24, 2015

True Story From Sarawak.



Saya menulis ruangan ini didalam bahasa Melayu supaya tidak ada mat-mat saleh yang kuffar (tidak semua) dapat membacanya kerana ia menyentuh tentang isu agama. Saya harap pemuda-pemudi Malaysia yang beragama Islam dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. 


Cerita yang saya nak sampaikan ini...kisah benar bukan rekaan. Hari raya baru ini, kira cerita baru dalam beberapa tahun, semasa di kampung. Ayah saya telah menceritakan.. Bulan puasa hari itu, di masjid Taiping (my hometown) ada ceramah. Penceramah ini diundang khas dari Terengganu (Pusat Tahfiz). Penceramah ini menceritakan kepada kawan baik ayah saya secara peribadi yang dia ada senior yang seorang teman sepengajiannya semasa di Mesir (atau di suatu tempat disana..saya lupa).


Teman ini asalnya dari Sarawak. Penganut agama Kristian pada asalnya. Orang Sarawak ini dihantar oleh pakciknya sendiri yang juga seorang paderi besar di Sarawak untuk mendalami Kristian di Sepanyol. Jadi, macam ini dia telah dihantar ke Universiti di Sepanyol. Kesemuanya ada 25 pelajar yang menuntut ilmu tersebut. Ini bukan calang-calang punya belajar. Sebab mereka ini pergi belajar di Gereja Besar (suatu tempat di Sepanyol dan gurunya ialah POPE).


Jadi, setelah lebih kurang 2 tahun pengajian, mereka akan tamat pengajian dan jadi pendidik paderi. Kesemua 25 pelajar ini datang dari negara yang berbeza di seluruh dunia! Jadi, bila dah dekat nak graduan, mereka diberi pilihan untuk 'wish' dan satu permintaan akan dimakbulkan.


Jadi, semua ini minta hendak masuk sebuah Library besar dalam gereja itu juga. Dalam library itu ada pelbagai jenis buku. Jadi, dalam masa 2 minggu mereka menghabiskan masa mereka membaca buku di Library. Tapi, POPE cakap dengan satu syarat...dalam banyak-banyak buku di dalam itu, ada satu buku yang khas diletak ditengah tasik atau kolam dalam library itu. Bayangkan lah betapa besarnya library itu!! Buku itulah yang dilarang oleh POPE daripada dibaca.


Jadi, salah seorang daripada 25 pelajar telah melanggar syarat. Dia ambil buku tersebut tapi tidak faham kandungan bahsa dalam buku tersebut. Ia adalah Bahasa Tabrani. Seakan bahasa Sepanyol lama. Dia pun berkongsi dengan yang lain dan hendak dijadikan cerita. Ada seorang yang faham tentang beberapa bahasa tersebut. Dia pun baca dan menerangkan kepada kesemua 24 pelajar yang lain.


Nak tahu apa dia?


Itu sebenarnya adalah kitab Injil yang asal! Apabila kesemua 25 pelajar itu membaca, mereka mula sedar Kristian yang mereka belajar selama ini adalah salah satu sebab semua yang terkandung didalam buku itu adalah benar seperti yang terdapat dalam ajaran Islam hari ini. Hari terakhir mereka keluar dari situ, POPE datang jumpa mereka dan dia sudah syak mesti ada sesuatu yang berlaku. 


Setelah semuanya dicetuskan oleh POPE, mereka akhirnya tewas dan mengaku mereka telah membaca kitab itu. POPE pun berkata, "Sebenarnya kita Kristian ini memang dicipta sebagai agama duniawi sahaja. Yang betul adalah Islam. Kalau hendak tahu, setiap paderi yang tertinggi itu, bila ada orang Kristian yang sedang nazak, tugas ialah pergi ke telinga orang itu dan berkata Islam adalah sebenarnya."


Selepas itu, POPE berkata lagi kepada pelajar tersebut, yang mereka semua tidak akan lepas dari tempat itu memandangkan mereka sudah tahu yang sebenarnya. Maka semuanya akan dibunuh. Pelajar-pelajar tersebut cuba cari jalan untuk lari. Setelah sekian lama mereka merancang, mereka berjaya merasuah seorang JAGA dalam gereja besar itu.


Tetapi JAGA itu meminta US$4 Juta. Kesemua pelajar-pelajar tersebut mempunyai sponsor dari Govt! Mereka mengumpul wang biasiswa mereka sebanyak US$4 juta itu. JAGA itu berkata dia akan menyembunyikan rahsia pelajar-pelajar tersebut dengan membunuh seorang lagi JAGA lain sebagai alasan kepada POPE yang JAGA itu pembelot pelajar-pelajar tersebut hanya ada satu jalan keluar. Iaitu mereka akan melalui satu terowong bawah tanah beberpaa meter untuk sampai ke laut Mereka terpaksa berenang melalui salur najis (It's the only way that they have to go through that thing!).


Bila dah keluar, ada sebuah bot yang akan menunggu mereka. Ianya terpulang kepada semua untuk melepaskan diri lepas itu. Bot itu juga yang sediakan oleh JAGA itu. Maka, si budak Sarawak ini pun telefon pakcik yang hantar dia ke Sepanyol. Pakcik dia cakap jangan balik lagi ke Malaysia sebab seluruh negara dah dapat arahan untuk membunuh dia. Maknanya dia telah disenaraikan dalam 'blacklisted'. Jadi dia pun lari ke Mesir dan menganut agama Islam menjadi Al-Tahfiz. Sampai sekarang dia tak balik.


Jadi cerita ini kiranya sudah ada orang kedua yang tahu. Hm, dekat dengan sumber ni kan? Katanya lagi, dah banyak pelajar-pelajar 25 tu yang mati dibunuh. Mereka pakai 'mata-mata' untuk menjejaki gerak geri pelajar-pelajar tersebut!


Baik, dalam pada itu... Kalau anda nak tahu dalam pengalaman di atas tadi, dia cakap simbol sebenar orang putih meniup lilin semasa hari jadi itu ialah...Kek itu diibaratkan sebagai dunia.. Lilin itu ialah simbol sebagai NUR ISLAM (cahaya islam). Dan apabila lilin itu ditiup, maka padamlah NUR ISLAM dan kek sebagai dunia itu dipotong-potong? Dan dimakan oleh musuh Islam!!


Hm, hebat tak orang-orang kafir punya gaya? Yang kita dekat sini duk syok ikut gaya mereka tanpa tahu apa-apa. Satu lagi, pasal HOLY-WATER mereka itu, nak tahu tak mana asalnya? Mmm...di dalam gereja besar itu tadi, setahun sekali ada kesempatan di dalam sebuah dewan khas yang hanya boleh dimasuki oleh paderi rahib tertinggi seluruh dunia sahaja.


Di situ mereka boleh berbuat apa saja termasuk berzina. Anak hasil penzinaan mereka itulah akan dibunuh dan darah bayi itu akan disuling dan hasilnya ialah HOLY-WATER!


Hm, takut kan dengar betapa dasyatnya mereka punya perancangan?


Wallahualam.



Wednesday, September 23, 2015

Terima Kasih Cikgu Atikah!



Semasa di dalam kelas, saya menulis nota ringkas subjek Feqah di papan putih untuk rujukkan pelajar.
Usai menulis, saya kembali ke meja. Kemudian, diatas meja terletak sekeping surat yang dihadapannya sudah tertera tulis OPEN.


Dalam hati, 
"Siapa yang bagi ni? Tetiba je"
Sebelum saya buka surat tu, saya pandang belakang dan tengok student semua sedang tekun menyalin nota dihadapan. Semua berlakon buat-buat tak tahu.


Kemudian saya buka dan baca,
"Kami berterima kasih kepada cikgu Atikah kerana mengajar kami semasa ustazah Masyi berada di Ipoh.
From Mia, Farisya, Ily, Balqis & Adam"

"Oh kerja diorang rupanya.."
monolog ku sendiri.
Saya menoleh ke belakang dan jerit,
"Terima kasih untuk surat ni! Buat hal la korang ni. Haha!"


Cikgu sudah dicop untuk gantikan tempat ustazah awak,
No hp cikgu sudah diberi dalam diam pada ibu ayah awak semua tanpa pengetahun cikgu,
Memang cikgu terpaksa la kena 'duduk' tempat ustazah awak selama dua bulan!
Apa-apa pun sama-sama sebab bagi kerjasama dengan cikgu. Dengar kata. Salin nota, dan hantar awal.

Tapi korang suka bising, suka buat cikgu bebel tanpa henti. Letih!




Tuesday, September 22, 2015

Berubah?



From Jahiliyyah to Tarbiyyah,
From Tarbiyyah to Jahiliyyah,


Until when you want to Jannah?


Semakin jauh dengan Tuhan,
Semakin dekat dengan balasan Tuhan.



Selasa | 22:50PM




Thursday, September 17, 2015

Saya Cemburu Dengan Cikgu!



Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mengusik jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yang bagi saya sangat istimewa ssebab tak ramai yang menunaikan hajipada usia 30-an. Kebiasaanya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yang baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafas terakhirnya juga.


Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yang mengerikan, penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanya untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan..


Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman menghantar sanak saudara ke dewan perlepasan, suasana yang seirng saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.


Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyayang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum disebalik segala ujian. Pasti sluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allahu..


Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang bekerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, Malas nak berwudhuk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah...


Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada Allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak kita ingin lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rajyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.

Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'
Saya cemburu dengan cikgu!
Jika syurga itu tempatmu, moga cikgu damai disana bersama para bidadari jelita di taman abadi. Mungkin kita yang melihat dari jauh sepertinya milik syurga. Namun pandangan Tuhan lebih bijaksana. Dimana tempat cikgu, disana itulah yang terbaik untukmu.


"Maka segeralah kembali mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zolkifli